Guan Eng telah bersalah kerana membohong di Parlimen bahawa BN telah "rompak" wang tuntutan GST

Pada 7 Ogos 2018, Guan Eng mengejutkan Malaysia dengan membuat tuduhan di dalam Dewan Rakyat bahawa kerajaan BN telah "rompak" wang tuntutan balik GST sebanyak RM19.2 bilion.
Keesokan hari, saudara KJ telah membuat laporan polis untuk mencari kebenaran tuduhan PH.
Sudah masuh 6 bulan, kerajaan PH masih belum maklumkan hasil siasatan polis tentang "rompakan" yang sangat berat ini walaupun semua rekod-rekod ada di dalam tangan mereka.
Walau bagaimanapun, laporan Audit Negara untuk isu ini yang dikeluarkan pada awal bulan Disember jelas menunjukkan bahagian besar tuntutan GST masih di dalam siasatan atau semakan.
Tuntutan untuk bulan April dibayar pada bulan Mei manakala tuntutan untuk bulan Mei dibayar pada bulan Jun.
Laporan Audit juga menunjukkan bahawa ada jumlah yang sangat besar bagi tuntutan bayaran balik yang mungkin tidak sah atau menunjukkan percubaan untuk menipu kastam iaitu RM3.90 bilion untuk mereka yang tiada pembekalan bercukai (no output tax) dan sejumlah RM3.52 bilion yang masih dalam siasatan.
Lebih mengejutkan lagi, laporan Audit itu juga menunjukkan bahawa jikalau wang input GST lambat dibayar balik, ianya ialah kesalahan kerajaan PH sendiri.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155745817795952
Setelah saya bongkarkan ini pada awal Disember lalu, Guan Eng tidak pernah menjawab atau menuduh saya menipu kerana apa yang saya tulis hari itu ialah berdasarkan fakta dari laporan Audit Negara di bawah kerajaan PH.
Jika laporan Audit Negara di bawah kerajaan PH ini betul, maka Guan Eng telah bersalah kerana membohong di Parlimen bahawa BN telah "rompak" wang tuntutan GST.
Bulan lepas, seorang peniaga dari Ipoh telah didakwa di Mahkamah kerana cuba menipu tuntutan GST sebanyak RM22 juta dari kerajaan.
Banyak lagi kes-kes seperti ini di mana puluhan juta Ringgit wang kerajaan cuba ditipu oleh peniaga-peniaga melalui tuntutan GST yang palsu.
Sistem GST amat telus dan jauh lebih mudah untuk mengesan cubaan untuk menipu berbanding SST. Bila pihak Kastam ada keraguan, maka tuntutan GST tidak akan dibayar dan akan disiasat.
Baru-baru ini, kita diberitahu bahawa Guan Eng akan mengambil duit Petronas sebanyak RM82 bilion di mana sebahagian besar akan digunakan untuk membayar balik wang GST RM19.2 bilion dalam tahun ini walaupun kebanyakkan tuntutan-tuntutan ini masih dalam siasatan, dalam semakan atau memang tidak patut dibayar.
Jika Guan Eng masih teruskan rancangannya untuk membayar balik tuntutan GST RM19.2 bilion tanpa menyelesaikan semakan atau siasatan, maka PH telah merompak RM19.2 bilion dari Petronas untuk membayar peniaga-peniaga yang cuba menipu kerajaan.
Mont Thant, Mohd Shahrul, Laksamana Sunan and 4,370 others like this.
Comments

Post a Comment

0 Comments