Usaha terdesak PH untuk pecahkan undi PAS kpd BN
menjelang hari terakhir, terdapat usaha untuk memecahkan undi kepada Barisan Nasional dengan mengaitkan calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor dengan tragedi di Memali suatu ketika dahulu.
Untuk rekod, kerjaya beliau di dalam pasukan PDRM pada tahun 1984 adalah menjadi pegawai Penyiasat trafik dan Jenayah (IO) di IPD Tampin sebelum bertukar ke Daerah Gombak pada tahun 1987 dan seterusnya menjadi Pegawai Pendakwa Mahkamah di Mahkamah Majistret Rawang sehingga tahun 1989 dan bukannya sebagai anggota senoi Praaq seperti di dalam risalah yang disebarkan itu.
Risalah berbaur hasutan dan fitnah itu sengaja disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana menyedari kekuatan latarbelakang calon serta kerjasama dari pihak PAS ke atas calon Barisan Nasional. Oleh itu ada pihak yang terdesak untuk memburukkan serta melemahkan kerjasama dan kekuatan ini.
0 Comments