Tahniah diucapkan kepada KWSP kerana mampu mengumumkan dividen yang agak baik untuk tahun 2018 di dalam keadaan yang agak mencabar.
Walaupun dividen 6.15% untuk Simpanan Konvensional dan 5.90% untuk Simpanan Shariah adalah lebih rendah berbanding kadar 6.9% tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini, tetapi ini tetap satu kejayaan yang memberi manfaat kepada rakyat.
Saya cuma ada sedikit kebimbangan kerana bermula tahun 2018, KWSP tidak lagi akan mengiktiraf sebarang rosot nilai ke atas pegangan ekuiti tersenarainya walaupun kita semua tahu bahawa pasaran saham dan pegangan KWSP dalam ekuiti untuk tahun lepas mengalami kejatuhan nilai yang besar
Jika kerugian dari susutnilai akibat kejatuhan saham-saham yang dipegang oleh KWSP diambil kira seperti tahun-tahun sebelum 2018, maka kadar dividen untuk 2018 tidak akan setinggi 6.15%.
Ini tidak salah dalam segi undang-undang tetapi ianya akan memberi kesan kepada pendapatan KWSP untuk tahun-tahun mendatang jika nilai saham tidak pulih.
Amalan KWSP untuk tidak lagi mengambil kira sebarang rosot nilai ke atas pegangan ekuiti tersenarainya pada tahun 2018 berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini.
Walaupun KWSP mengumumkan dividen yang tinggi pada kadar 6.9% bagi tahun 2017 pada masa pasaran saham kuat, KWSP tetap mengambil kira susutnilai (impairment) saham tersenarai sebanyak RM4 bilion.
Pada tahun 2016 pula, dividen KWSP jatuh kepada 5.7% kerana pasaran saham tahun itu tidak begitu baik setelah KWSP mengambil kira susutnilai saham tersenarai sebanyak RM8.17 bilion.
https://www.thestar.com.my/…/epf-recognises-net-impairment…/
https://www.thestar.com.my/…/epf-recognises-net-impairment…/
Saya percaya Tabung Haji juga akan mula ambil langkah yang sama seperti KWSP untuk tidak mengiktiraf dan mengambil kira susutnilai saham tersenarai lagi ini apabila mengira hibah untuk tahun lepas iaitu berbeza dengan tahun-tahun sebelum itu.
0 Comments