Jika kita perhatikan track record dan data tentang bayaran BR1M, kutipan hasil GST dan defisit kerajaan semasa kerajaan BN, kita akan melihat trend yang jelas.
Kutipan GST akan bertambah setiap tahun selari dengan pertumbuhan saiz ekonomi negara walaupun kadar cukai GST tetap sama.
Defisit kerajaan juga menurun setiap tahun.
Oleh itu, ianya memberi ruang kepada kerajaan BN dahulu untuk menambah bayaran BR1M setiap tahun tanpa gagal.
Tidak ada satu tahun di mana jumlah BR1M yang diberi atau kategori yang layak untuk menerima BR1M atau kedua-duanya tidak ditambah.
Jika BN menang PRU14, BR1M untuk orang bujang juga dinaikkan menjadi RM600 untuk tahun 2018 dan RM650 untuk tahun 2019.
Tambahan lagi, kerajaan BN telah berjanji untuk memberi RM1,500 kepada keluarga yang layak menerima BR1M jika anak-anak mereka berjaya mendaftar di pusat pengajian tinggi dalam tahun itu.
Terpulanglah kepada ibubapa masing-masing jika mereka mahiu memberi RM1,500 ini kepada anak mereka.
Jika BN masih kerajaan, sudah tentu BR1M untuk tahun 2019 akan lebih tinggi seperti biasa berbanding tahun sebelum itu.
Bila kutipan cukai GST lebih tinggi, maka lebih banyak bantuan akan diberi kepada golongan B40 untuk mengurangkan jurang pendapatan rakyat dan merancakkan ekonomi.
Itu dasar kita.
Dasar kita konsisten.
0 Comments