PH jenamakan semula AES jadi AWAS

Najib Razak
16 hrs
Menteri Pengangkutan DAP jawab soalan rakyat mengenai kos untuk tambah 11 lagi kamera AES yang saya utarakan semalam.
Kos RM200,000 setiap kamera AES hanya anggaran sahaja.
Lagipun, bukan kerajaan yang tanggung. PLUS yang tanggung sebagai tanggungjawab sosial korporat.
Tetapi, PLUS 51% milik kerajaan melalui Khazanah dan 49% milik KWSP setelah kerajaan BN semasa saya PM beli balik dari "kroni-kroni" swasta pada tahun 2011.
Maksudnya kos kamera masih 51% ditanggung oleh kerajaan dan 49% dibayar oleh Rakyat melalui simpanan KWSP mereka.
Sebelum menang,
- PH kata mahu mansuh AES yang zalim kepada rakyat;
- Kata BN terlebih bayar 10 kali ganda kerana membeli kamera dengan harga RM170,000.
Selepas menang,
- PH jenamakan semula AES jadi AWAS,
- tambah lagi kamera,
- tidak lagi memberi diskaun saman,
- kos kamera lebih mahal berbanding masa BN;
- minta rakyat bayar kos kamera dari simpanan mereka;
- lalu Menteri DAP kata "nak marah, marahlah. I don't care".
Adakah Rakyat juga akan kata "I don't care" seperti Menteri ini apabila diminta tanggung kos kamera AES untuk memerangkap Rakyat sendiri?
Eng Yew, Noh Omar, Tatiara Aghus and 21,700 others like this.
Comments
Nur Muhammad
Nur Muhammad Jgn mengarut lebih sngt..
Isyarat utk PH tumbang sngt jelas..
โ€ฆSee more
Manage
Ariff Samsul
Ariff Samsul 1k like aku pakai dp gamba najib trus!
Manage

Post a Comment

0 Comments