Masa PH memperkenalkan cukai SST untuk ganti GST, kerajaan PH pernah kata SST tidak zalim seperti GST kerana jumlah barang yang dikenakan SST tidak sebanyak berberbanding di bawah GST.
Masa itu, Menteri Kewayangan juga kata hanya pengilang sahaja yang dikenakan SST.
Tetapi kini kita tahu itu tipu.
Masa itu juga, seorang MP PH umumkan di dalam parlimen bahawa harga barang akan lebih murah di bawah SST.
Kini kita tahu itu juga cerita dongeng seperti Warkah Cordoba Kekanda.
Apa yang kebanyakan Rakyat tidak sedar ialah kerajaan PH sedang memperluaskan cukai SST secara berperingkat kepada lebih banyak barangan dan servis sejak diperkenalkan dengan senyap-senyap.
Mereka Senyap-Senyap Tibai tanpa Rakyat sedar.
Oleh itu, parkir di Putrajaya juga telah dikenakan SST bermula Jumaat lalu.
Pada 31 Disember tahun lalu, kerajaan PH memberi hadiah tahun baru kepada rakyat.
Yang umumkan hadiah ini bukan Menteri Kewayangan kerana ini bukan benda baik. Dia arahkan pegawai kastam untuk umumkan.
Kira-kira 5,000 hingga 10,000 lagi perniagaan yang sebelum ini dikecualikan akan diarahkan untuk kutip cukai SST.
https://www.freemalaysiatoday.com/…/kastam-4-lagi-perkhidm…/
https://www.freemalaysiatoday.com/…/kastam-4-lagi-perkhidm…/
Oleh itu dalam masa 12 hari nanti iaitu bermula 1 Mac, SST akan diperluaskan kepada 4 perkhidmatan baru iaitu perkhidmatan pengendalian taman hiburan, penyediaan pembrokeran dan penaja jaminan, pembersihan serta penyediaan latihan dan tunjuk ajar.
Kanak-kanak yang ingin sedikit hiburan, rakyat yang basuh baju di dobi, pelabur yang nak beli saham, mereka yang ingin meningkatkan ilmu mereka di kursus latihan dan banyak lagi akan dikenakan cukai baru.
0 Comments