Semalam ada seorang yang kata Melayu di Semenyih tidak sama seperti di Cameron Highlands.
Dia kata Melayu di Semenyih bukan 'Melayu' pekan.
Apa maksud dia?
Orang Cameron Highlands tak bijak macam orang Semenyih atau sebaliknya?
Dan dia juga mahu lihat jika Najib berani datang ke PRK Semenyih atau tidak.
Eh, saya tak pernah kata saya akan turun berkempen untuk PRK Semenyih pun.
Kalau saya ke Semenyih pun untuk lawat kawan-kawan lama.
Cari tempat yang best untuk makan-makan bersama.
Itupun satu kebetulan.
Seperti "kebetulan" luar biasa level kena hadiah pertama Sports Toto dua kali berturut-turut di mana 9 menteri PH melawat Semenyih dalam tempoh 3 hari lepas ini.
Jika sempat, saya juga ada hasrat untuk tengok air terjun serta main air di sana.
Gerenti sejuk dan jernih kan?
Posts
0 Comments