Pada bulan-bulan awal selepas PRU14, kerajaan PH telah menghulurkan pelbagai tuduhan yang amat berat terhadap BN, kononnya mereka sudah dapat maklumat yang "disorok" oleh kerajaan BN apabila mengambil alih kerajaan.
Antaranya termasuk hutang RM1 trilion, duit input GST RM19.2 bilion telah dirompak dan BN telah guna wang kerajaan untuk membayar RM7 bilion untuk menolong 1MDB.
(Kerajaan telah mengambil alih semua aset-aset 1MDB yang nilainya RM30 bilion. Oleh itu, kerajaan perlu membayar kepada 1MDB untuk aset-aset ini. Ini praktis accounting biasa. Takkan mahu ambil aset tapi tak mahu bayar?)
Satu demi satu saya telah menjelaskan dan menunjukkan bahawa kerajaan PH telah berbohong.
Ataupun PH terkantoi dengan sendirinya apabila bukti-bukti lanjut terkeluar selepas itu.
Satu lagi pembohongan besar pada masa itu ialah kerajaan BN telah menandatangani kontrak berat sebelah dengan pihak kontraktor negara China untuk ECRL kerana kononnya tidak ada klausa penamatan (termination clauses).
Pada masa itu, saya telah beberapa kali mencabar PH untuk mendedahkan kontrak ini sebagai bukti ianya tidak ada klausa penamatan.
Tetapi PH tidak berani.
Minggu lepas, beberapa surat-surat pembatalan dari kerajaan PH kepada kontraktor ECRL telah terdedah kepada rakyat.
Surat-surat ini jelas menunjukkan kontrak telah dibatalkan berdasarkan klausa-klausa penamaan yang dinamakan.
Sebenarnya, kontrak dengan syarikat milik kerajaan China itu dibuat mengikut perjanjian standard Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi projek-projek reka dan bina (design and build).
Sudah tentu, perjanjian ECRL juga ada klausa-klausa penamatan sedia ada seperti di dalam semua perjanjian JKR.
Satu lagi.
Apa sudah terjadi dengan kontrakor yang kononnya dapat membina ECRL dengan kos hanya RM10 bilion itu?
Menteri Kewayangan: Dengar boleh, percaya jangan.
0 Comments