Berdasarkan data rasmi terbaru dari Bank Negara Malaysia (BNM), defisit kerajaan di bawah PH telah naik satu kali ganda sejak mereka ambil alih.
Perbelanjaan kerajaan untuk tempoh Mei hingga Disember 2018 ialah RM187.31 bilion berbanding RM171.65 bilion untuk tempoh 2017 yang sama di bawah BN.
Ini bermakna defisit di bawah PH iaitu RM26.05 bilion untuk tempoh 8 bulan ini adalah kira-kira satu kali ganda lebih berbanding defisit RM13.2 bilion untuk tempoh yang sama di bawah BN pada tahun 2017.
Defisit ini meningkat walaupun mereka telah menjarah RM26 bilion dari Petronas untuk tahun ini.
Jika wang tambahan yang PH ambil dari Petronas ini tidak diambil kira, kerajaan PH telah mengalami defisit sebanyak RM52.05 bilion, iaitu 4 kali ganda berbanding BN,
Tetapi yang lebih mencurigakan ialah perbelanjaan kerajaan di bawah PH untuk tempoh 8 bulan selepas mereka mengambil alih adalah RM16 bilion lebih tinggi berbanding BN walaupun rata-rata bantuan kepada rakyat telah dimansuhkan atau dikurangkan.
Di mana perginya perbelanjaan ini pula? Untuk siapa? Mengapa lebih tinggi?
Untuk keseluruhan tahun 2018 pula, defisit kerajaan ialah RM52.7 bilion berbanding RM40.3 bilion di bawah BN pada tahun 2017.
Oleh itu, hutang rasmi kerajaan untuk tahun 2018 dijangka telah naik di bawah PH ke sekitar RM750 bilion walaupun pelbagai projek dan bantuan telah dimansuh atau dikurangkan.
Maka impian untuk kerajaan PH mencapai hutang RM1 trilion semakin hampir.
Jika wang Petronas tidak dijarah untuk menutup hasil yang telah berkurangan, hutang negara sudah sampai RM775 bilion.
Sebelum PRU14, PH sering janji mereka akan turunkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 20% dengan mengurangkan rasuah, pembaziran dan penyelewangan.
Tetapi apa sudah jadi hari ini?
Sebaliknya perbelanjaan, defisit dan hutang bertambah.
Kalau ikut logik PH sebelum ini, adakah rasuah, pembaziran dan penyelewangan telah bertambah di dalam tangan mereka?
Saya rasa Menteri Kewayangan tidak akan jawab kerana dia sudah kata dia malas untuk jawab saya walaupun isu defisit meningkat satu kali ganda merupakan isu besar untuk Rakyat.
Mana dia berani mengaku PH telah naikkan defisit negara 100% dan tambahkan lagi hutang negara?
Data-data di lampiran ini, saya petik dari laporan rasmi Bank Negara Malaysia, bukan dari Universiti palsu yang sebenarnya ialah kedai gunting rambut:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=58&pg=255&ac=1&bb=cgo
Azizan Shah, Haleemsm Abdul Latif, Mohd Herry and 9,500 others like this.
Comments
Ikhwan Muhammad
Ikhwan Muhammad Kalaulah parlimen dibubarkan secepat mungkin, Saya percaya BN-Pas akan dapat memerintah kerajaan berlipat Kali ganda lebih baik dari PH. Saya percaya dalam BN-Pas Ada banyak pemimpin yg berkelayakkan, bukan SIJIL PALSU ya..Saya nak tengok sangat BN-PAS bersatu, walaupun Saya anak sarawak.
Manage
Md Norizan
Md Norizan RAKYAT HAIRAN BAGAIMANA PEROMPAK MEROMPAK

Jemaah surau dan masjid juga sudah mula berkata-kata tentang duit yang tidak hilang.


Lebih menarik lagi mereka menyindir bagaimana seorang perompak mampu memberi BR1M dan pelbagai bantuan kos sara hidup yang lain.

"Bukankah lebih baik perompak tersebut memberi hasil rompakan kepada anak isteri dan kaum kerabat mereka sahaja dan tidak kepada rakyat?", soal seorang jemaah.

Mereka juga hairan bagaimana rizab BNM MENINGKAT SABAN TAHUN dan tidak susut dirompak oleh perompak tersebut.

Yang paling mereka hairan sekali adalah bagaimana rizab tersebut MEROSOT BEGITU DRASTIK sekali setelah perompak tersebut tidak lagi mentadbir negara.

Mereka bertanya; 
"Siapakah perompak yang sebenarnya?

Yang dituduh atau yang menuduh?"

#copypasteje
Manage
2hEdited