Setelah bertahun-tahun PH fitnah saya tak ada ijazah universiti, saya bimbang mereka akan mula fitnah saya lagi bahawa saya tak pernah bersekolah.
Mana tahu mereka mahu fitnah apa lagi?
Oleh itu, saya up-kan gambar kelas tingkatan 3 saya semasa saya belajar di Sekolah Menengah St John's di Kuala Lumpur.
Ini foto bersama rakan dan guru kelas Mr, Rokk pada tahun 1967.
Saya tak berapa ingat kenapa rakan sekelas saya terpaksa duduk di atas basikal. Mungkin kekurangan kerusi untuk sesi foto itu.
Saya adalah di antara 3 orang Melayu di dalam kelas ini.
Masa itu, saya sering terletak di tempat pertama hingga ketiga teratas mengikut keputusan peperiksaan.
Tetapi janganlah tuntut saya buktikan dengan mencari report card yang sudah berusia lebih dari 50 tahun itu.
Boleh tanya rakan-rakan kelas saya yang ada di dalam gambar ini.
Saya juga dilantik sebagai pengawas sekolah walaupun saya tentu bukan pembaris.
Oleh itu, sebagai pengawas saya duduk di baris pertama dalam gambar ini.
Cuba teka mana satu saya?
0 Comments