Mari kita layan ceramah membara pahlawan ini.
Panas sampai berapi.
Berpeluh-peluh Pahlawan berani mati Mansuh AES ini marah kerajaan pada masa silam itu.
Kata kerajaan bodoh. Kerajaan zalim. Tak prihatin Rakyat.
Bagaimanapun, berikut ialah jawapan pahlawan itu tanpa sebarang rasa malu apabila ditanya semalam.
"Ketika diminta mengulas mengenai kritikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai AES, beliau menegaskan enggan melayan kritikan berkenaan."
"Menerusi akaun laman sosial Facebooknya, Najib mengkritik Mahfuz selepas kerajaan memutuskan untuk menambah 11 buah kamera AES dan mempersoalkan ‘Mengapa Ahli Parlimen Pokok Sena itu tidak mempertikaikan keputusan itu seperti dilakukannya semasa zaman BN dulu’."
"Kata Mahfuz, beliau anggap Najib hanya bertaraf raja lawak dan enggan mengulas lanjut mengenai bekas Perdana Menteri itu kerana AES sebenarnya diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)."
“Jadi, saya tak rasa mereka setuju akan hapus AES sekiranya mereka memerintah selepas ini,” katanya.
Itu je yang dia mampu jawab sekarang apabila sudah berpangkat Timbalan Menteri.
(Syarikat "kroni" yang dimaksud dia dalam ceramah sebenarnya ialah syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Projek AES sebenarnya dimulakan dan dipilih sebelum saya menjadi PM. Apabila saya menjadi PM, kerajaan kita meminta LTAT untuk mengambil alih projek itu supaya LTAT boleh dapat sedikit pendapatan untuk veteran-veteran.
Tetapi kerajaan PH hari ini sudah mengambil balik projek ini dari LTAT dan semua wang saman yang dikutip kini masuk ke dalam Kementerian Kewayangan.)
0 Comments