Hari itu apabila saya membuat FB live dan menyuarakan permerhatian saya bahawa perayaan Tahun Baru Cina kali ini tidak semeriah berbanding tahun-tahun dahulu kerana ekonomi sudah lembab selepas PRU14, saya dikecam oleh setengah orang.
Hari ini, media juga melaporkan yang sama apabila mereka membuat tinjauan masing-masing.
Harap maklum Saya bukan Menteri Kewayangan. Saya berdasarkan fakta.
----
PERAYAAN Tahun Baharu Cina disambut hambar tahun ini ekoran ekonomi perlahan yang melanda negara, kata para hadirin di sebuah rumah terbuka di Kuala Lumpur hari ini.
PERAYAAN Tahun Baharu Cina disambut hambar tahun ini ekoran ekonomi perlahan yang melanda negara, kata para hadirin di sebuah rumah terbuka di Kuala Lumpur hari ini.
Ahli perniagaan Raymond Chong memberitahu The Malaysian Insight bahawa orang ramai berhati-hati dengan perbelanjaan mereka, dan hanya membeli barang keperluan.
“Disebabkan keadaan ekonomi, orang cuba jimatkan lebih banyak wang, hanya belanja apa yang mereka perlukan.
“Sekarang, barang mahal. Tahun-tahun sebelum ini, perayaan ini disambut besar-besaran, tapi sekarang, semua orang perlu kurangkan perbelanjaan.” kata Helen.
Seorang pengunjung yang ingin dikenali sebagai Wong, turut bersetuju dengan Helen.
“Perayaan tahun ini tidak begitu meriah. Tidak banyak mercun dibakar pada hari pertama Tahun Baharu Cina. “
0 Comments