The worst Finance Minister! - Lim Guan Eng

Azilah Saidin Geramnya aku tengok si bodoh ni!!The worst Finance Minister! 

BENIH II


Tengahhari tadi, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan menyerang kedudukan kewangan Negeri Pahang di ambang PRK Cameron Highlands.[1] Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Lim Guan Eng kerana membuktikan kenyataan saya sebelum ini bahawa tuan adalah menteri paling pendek akal dalam sejarah Malaysia moden.[2] Bukan sahaja tidak berfikir panjang ketika bercakap tetapi juga tidak segan menggunakan kementerian bagi tujuan politik.

Pertama sekali pek, konsep belanjawan defisit ini tidak boleh dipandang dari sudut negatif semata mata. Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Prof Jomo Kwame Sundaram pernah menulis bahawa dalam keadaan meleset, kerajaan mesti berani menggunakan rizab tunai yang ada bagi meransang ekonomi melalui bajet defisit. Kerajaan tidak boleh terlalu terikat untuk mencapai bajet berimbang sahaja.

Kedua pek, hujah pek sangat simplistik apabila mengatakan kerajaan Pahang tidak mampu membangunkan negeri kerana mengalami defisit terkumpul negatif RM228.37 juta bagi tempoh 4 tahun (2014 - 2017).[3]

Apakah pek tidak tahu bahawa defisit belanjawan Pulau Pinang bagi tahun 2019 sahaja adalah sebanyak RM 352.8 juta sementara defisit bagi tahun 2018 pula ketika pek masih menjadi Ketua Menteri adalah sebanyak RM 748.5 juta?[4]

Jumlah terkumpul defisit selama 2 tahun ini pek, adalah 5 kali ganda daripada defisit terkumpul Pahang dalam tempoh 4 tahun.

Begitu juga dengan negeri Selangor pek. Bajet negeri Selangor pada 2019 dijangka mengalami defisit sebanyak RM360 juta [5] sementara defisit bagi tahun 2018 pula adalah sekitar RM820 juta. [6] 

Bila Selangor dan Pulau Pinang nak bangkrap pek? Macammana Selangor dan Pulau Pinang nak membangunkan negeri kalau jumlah defisit bagi 2 tahun terakhir ini melebihi RM1 bilion?

Macammana?

Melalui kerajaan Persekutuan la bodo. Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab dari segi perlembagaan untuk sama sama membangunkan negeri negeri sebagai ganti pemerolehan persekutuan dari segi pungutan cukai daripada rakyat di negeri tersebut. 

Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab penuh dari segi perlembagaan dalam apa apa isu melibatkan perdagangan, industri, kewangan, pengangkutan, perkapalan, kebajikan orang asli dan kerjaraya persekutuan / tenaga. Disamping itu kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab bersama dengan kerajaan negeri apabila terdapat isu melibatkan perancangan bandar / desa, pengaliran/ pengairan dan pemulihan tanah lombong.

Dan berbanding dengan negeri negeri lain, Pahang telah berjaya mencatatkan bajet surplus (lebihan) bagi tempoh dua tahun berturut turut. Iaitu RM600 ribu untuk tahun 2018 [7] dan RM24.38 juta bagi tahun 2019 [8].

Kerajaan Persekutuan macammana pek? Berapa defisit bajet Persekutuan untuk tahun 2019 sahaja?

Ya RM52.7 bilion.[9]

Aku dah cakap kan Lim Kit Siang (林吉祥). Benih berkurap tu orang buat sembur dalam longkang je. Orang tak buat bercucuk tanam.

----------

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal, Kuala Terengganu

Rujukan:

[1] Siaran media Kementerian Kewangan, 22 Januari 2019

[2] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2282266811823329&id=100001200986490

[3] https://www.freemalaysiatoday.com/.../guan-eng-serang.../

[4] https://www.bharian.com.my/.../pulau-pinang-bentang...

[5] http://www.astroawani.com/.../peruntukan-rm2-56-bilion...

[6] https://www.mynewshub.tv/.../mengapa-defisit-bajet.../

[7] https://www.nst.com.my/node/305749/amp

[8] http://m.utusan.com.my/.../pahang-umum-belanjawan-lebihan...

[9] https://www.bharian.com.my/.../peruntukan-lebih-tinggi...
Uruskan
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
BENIH
Dalam hidup saya selama 33 tahun, saya belum pernah berjumpa dengan menteri yang lebih pendek akal daripada Lim Guan Eng. Syed Saddiq yang setahun jagung pun tak adalah macam ini.
Terbaru selepas beliau menghentam Kelantan dalam isu 'bantuan bayaran gaji' (sebenarnya Persekutuan yang masih berhutang) [1] serta menyindir Sarawak untuk membayar hutang sekaligus [2], beliau memulakan lagi kerja pendek akal dengan mendakwa kedudukan kewangan Pahang adalah tenat kerana mempunyai hutang RM3.1 bilion kepada kerajaan Persekutuan [3].
Pertama sekali bodo, RM2.2 bilion daripada hutang tersebut akan diselesaikan melalui proses penstrukturan pengurusan air negeri Pahang. Kaedah yang sama juga sedang dilaksanakan melalui pelan kerajaan persekutuan (lama) terhadap hampir semua negeri.
Pulau Pinang contohnya menerima manfaat tersebut lebih awal apabila penstrukturan semula bekalan air mereka oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2011 menyebabkan hutang negeri berkurangan sebanyak RM655.2 juta serta tambahan geran RM1.2 bilion yang asalnya juga adalah pinjaman tanpa faedah. Manfaat RM1.855 bilion ini adalah hampir sama dengan jumlah hutang negeri Pahang yang akan dikurangkan melalui kaedah yang lebih kurang serupa.[4]
Kedua, RM200 juta hutang negeri adalah kerana penambahbaikan fasiliti bagi penganjuran Sukma 2012. RM40 juta lagi adalah bagi pinjaman pengurusan bencana alam dan kebajikan mangsa. Sukma dan bencana alam ini berkait secara langsung dengan kerajaan pusat, maka sudah berlaku rundingan agar pinjaman ini dapat ditambah baik prosesnya antara kerajaan negeri dan Pusat sejak tahun lepas lagi.
Ketiga, baki RM760 juta lagi sebahagiannya adalah disebabkan pembinaan rumah kos rendah yang mana berlaku disebabkan sebahagian penduduk tidak mampu untuk membayar pinjaman.
Tiga perkara ini (Sukan, Bencana alam, Perumahan) adalah tanggungjawab bersama kerajaan Pusat dan Negeri. Dan sepatutnya dilayan dengan menjunjung konsep federalisma.
Sebab itu dulu masa kau menangis keluar air mata meleleh air hidung, DS Zahid sanggup turun bagi bantuan banjir kepada Pulau Pinang. Sebab dia reti bahasa apa itu tanggungjawab persekutuan.
Keempat, kerajaan negeri dalam proses mendapatkan balik hak dan hutang mereka daripada agensi kerajaan serta cukai tertunggak (RM151 juta). Contohnya TNB masih mempunyai hutang kerana menggunakan air negeri bagi menjana elektrik di stesen2 hidroelektrik termasuk Loji Cameron Highlands [5]
Kelima, kerajaan Persekutuan dalam tempoh 3 bulan antara Julai hingga September 2018 telah menambah hutang rasmi kerajaan sebanyak RM 5.892 bilion (daripada RM725.2b kepada RM731.1b) iaitu hampir 2 kali ganda daripada hutang keseluruhan kerajaan Pahang. Ini belum termasuk tambahan hutang jaminan kerajaan. Jadi kalau Pahang tenat, engkau ni confirm masuk kubur petang karang ke macammana?
Benih gred berapa yang kau tanam dulu ni Lim Kit Siang (林吉祥)?
--------------
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Manir, Kuala Terengganu
Sumber:

Post a Comment

0 Comments