Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa kerajaan PH pernah meminta hakim pada tahun lepas untuk mengenakan dua syarat kepada saya sebelum mereka membenarkan saya dibebaskan dengan ikat jamin.
Syarat-syaratnya ialah:
1. Saya tidak boleh menganjur atau menghadir diri di sebarang acara awam kecuali acara Agama.
2. Saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atau menggunakan media sosial - termasuk FaceBook dan Twitter.
Bahaya sangat ke, saya main FaceBook?
Alhamdulillah, tuan hakim telah menolak syarat-syarat kerajaan PH dan saya masih boleh menjelaskan dan menyangkal fitnah-fitnah PH terhadap saya dan kerajaan BN dahulu melalui media sosial.

0 Comments