Saya amat kesal bahawa saluran rasmi dan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan terus disalahgunakan untuk PRK Cameron Highlands.
Tugas Kementerian Kewangan negara kita ialah menjaga kewangan negara dan kesihatan ekonomi kita, bukan untuk bermain propaganda politik.
Mengapa Kementerian Kewangan Malaysia perlu menyerang negeri Pahang?
Bukankah negeri Pahang merupakan sebahagian daripada Malaysia?
Walaupun dikecam dengan hampir 3,000 komen negatif dari rakyat berkaitan paparan hutang Negeri Pahang yang sama pada hari Selasa, Kementerian Kewangan tidak mengambil iktibar.dan tidak menghirau suara Rakyat.
Mereka buat sekali lagi petang ini.
Ini Kementerian Kewangan Malaysia, bukan Kementerian Kewangan DAP ataupun Kementerian Kewangan Lim Guan Eng.
Kementerian Kewangan Malaysia menambah 3 foto baharu
Kenyataan terkini daripada YB Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng bagi menjelaskan kedudukan hutang Kerajaan Negeri Pahang yang sebenar.
0 Comments