Merujuk data terbaru Jabatan Statistik Negara yang dikeluarkan petang semalam, nilai eksport minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit telah merosot 24.4% untuk keseluruhan tahun 2018 berbanding tahun 2017.
Negatif 24.4% ialah satu angka yang membimbangkan.
Eksport getah asli juga telah turun 15.7% bagi tempoh yang sama.
Saya harap kerajaan PH mengambil maklum fakta ini dan akan melakukan dengan lebih baik untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan semua peneroka dan peladang dalam negara.
0 Comments