Kemenangan Rakyat

Najib Razak
4 jam
PH gunakan jentera dan aset kerajaan.
PH gunakan duit dan pelbagai 'sumbangan' kerajaan.
PH gunakan agensi kerajaan menyerang calon dan parti BN.
Mereka silap. Mereka fikir rakyat tidak tahu menilai.
Hari ini, rakyat menghantar mesej yang jelas kepada PH.
Kemenangan kepada Barisan Nasional ini bermakna PH ditolak rakyat.
Segala penipuan dan fitnah yang mereka lakukan selama ini, rakyat sudah muak dan langsung tidak membawa kebaikan apa-apa.
Rakyat mahukan Tuan Ramli Mohd Nor mewakili suara mereka, orang asli pertama di Dewan Rakyat.
Saya yakin beliau akan berusaha membawa kemajuan kepada Cameron Highlands, Insya-Allah.
Tahniah kepada kepimpinan tertinggi dan parti-parti komponen Barisan Nasional, Pengarah PRK YAB Dato' Seri Wan Rosdy, Dato' Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Dato' Sri Utama Mohamad Hassan dan jentera-jentera BN termasuk UMNO-UMNO Bahagian yang berkampung di PDM.
Saya juga menghargai sokongan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS serta semua pihak yang turut membantu kemenangan kami ini.
Terima kasih kepada semua pengundi yang memilih BN termasuk di FELDA, kampung tradisional dan pos Orang Asli.
Ini adalah kemenangan rakyat !
Husni Ikhwan, Zaidi Didy, Akma Edayu dan 36,117 yang lain menyukai ini.
Komen
Koay HS
Koay HS Wahai RBA yg suka datang ke page DSN print screen, lepas tu maki kita anjing pengkhianat bangsa di luar sana.
Saya ingin beritahu kamu, jika berbanding RBA pro DAP, cina yg sokong DSN mmg bukan pengkhianat negara/bangsa. Namun kita adalah cina yg berf
โ€ฆLihat Lagi
Uruskan
ๅดไน‰่ฎฉ
ๅดไน‰่ฎฉ YB DSN,I berasa gembila kemenangan Pihanan Parlimen Cameron.I harap YB DSN jagan marah kaum lain,kasnya kaum cina tidak sokong BN,khasnya MCA dan Gerakan pada polihan rakyat yang lepas.Kebanyakan kita tertipu atau percaya kepada janji kosong oleh PH.Seโ€ฆLihat Lagi
Uruskan

Post a Comment

0 Comments