Isu makanan dan kesejahteraan anak-anak sekolah pun Menteri PH mahu menipu

Najib Razak added 3 new photos.
6 hrs
Maszlee kata saya perlu buat homework dulu sebelum saya boleh tanya mengapa Bantuan Makanan Asrama (BMA) telah turun.
Saya tanya kerana ada ibubapa yang mengadu kepada saya semasa saya di Tapah baru-baru ini.
Ini adalah pekeliling yang dikongsikan kepada saya menunjukkan peruntukkan BMA telah diturunkan.
Berdasarkan pekeliling ini, ia tunjukkan agihan hanya 72 peratus sahaja untuk sekolah berasrama penuh (SBP).
Kita juga mintaklah Menteri untuk mengesahkan kesahihan dokumen Jabatan Pendidikan Perak ini.
Pada surat ini, betullah apa yang saya kongsikan tentang penurunan dari RM18 kepada RM14.50 sehari untuk SBP setiap murid.
Dalam belanjawan 2019 tempohari, rakannya Guan Eng sendiri umumkan pemotongan sebanyak RM100 juta bagi BMA.
Takkan isu makanan dan kesejahteraan anak-anak sekolah pun Menteri PH mahu menipu?
Sebagai Menteri Pendidikan, Maszlee sebenarnya perlu buat homework betul-betul.
Nanti cikgu bagi markah merah esok hari.
Jangan jadi teladan tidak sihat untuk murid-murid.
Juhaida Jamari, Miji Diez, Azlin Aziz and 16,328 others like this.
Comments
Yon Husmie Sabah
Yon Husmie Sabah Saya menyeru kepada semua rakan2 dan rakyat Malaysia berdoa agar Perlimen dibubarkan segera..Dapat 1like dah memadai..
Manage
Daus Rustam
Daus Rustam Nampaknya mazlee kmbali menduduki tangga teratas super maharaja lawak mega 2019 mengatasi mujahid ditempat ke2 diikuti kalid samad ke 3,manakala mrbean mapus omar di tangga ke4,sekali sekala nobita eng cube memecah monopoli mazlee namun kekal di tempat ke 5 bersama psgan duo nye kit malam..
Manage

Post a Comment

0 Comments