Hadiah Kelambu Kiswah

Antara hubungan yang tidak boleh saya lupai dan yang saya menganggap sebagai luar-biasa keakraban kami ialah dengan Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud yang merupakan Raja Arab Saudi dan Penjaga Dua Kota Suci sehingga baginda mangkat pada bulan Januari 2015.
Saya mula berjumpa dengan Almarhum buat kali pertama pada Julai 2009 ketika saya baru menjadi PM.
Sejak itu, hubungan saya dengan Almarhum amatlah baik sehingga beliau mangkat.
Pada bulan Januari 2010, baginda memberi anugerah kehormat tertinggi kerajaan Arab Saudi kepada saya iaitu, King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama) - satu anugerah yang tidak pernah diberi kepada mana-mana Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.
Kerabat-kerabat raja di luar negara dan dalam negeri sering menghantar hadiah-hadiah berharga termasuk barang kemas kepada saya dan keluarga saya setiap kali kami melawat atau melalui lawatan pegawai tinggi mereka ke Malaysia.
Sering-kali juga, hadiah-hadiah ini dihantar terus kepada pejabat saya atau ke kediaman rasmi oleh mereka tanpa diumum mereka sebagai hadiah apabila saya ataupun ahli keluarga saya menyambut hari-hari yang bermakna - seperti harijadi, hari kelahiran cucu saya, pertunangan atau perkahwinan.
Pada tahun 2010 juga, Almarhum Raja Saudi pernah menghadiahkan secara peribadi kepada saya, satu keping kelambu Kiswah yang digunakan untuk melindungi Kaabah genap setahun bagi tahun 2009.
Sebagaimana yang kita tahu, kain Kiswah ini dibuat setiap tahun dengan menggunakan 670kg benang sutera dan benang-benang emas dan perak seberat 150kg.
Bahagian kain Kiswah yang baginda hadiahkan kepada saya amat besar dan seberat 170kg. Ia merupakan bahagian yang paling berharga dan bermakna kerana merupakan bahagian Multazam yang ada banyak tenunan dan hiasan benang perak dan benang emas untuk menutup pintu Kaabah.
Oleh itu kepada saya, bahagian Kiswah ini boleh dianggap sebagai tidak boleh dinilaikan harga tetapi ada yang memberitahu saya ia bernilai sekurang-kurangnya US$20 juta (RM82 juta).
Saya pernah mempamerkan Kiswah yang besar ini di Seri Perdana untuk seketika tetapi tidak pernah memaklumkan di media tempatan mengenai pemberian Kiswah ini kepada saya.
Ini ialah kerana Almarhum merasakan kebimbangan baginda perkongsian mengenai pemberian ini mungkin ada impak kepada negara-negara Islam yang lain.
Sebab yang sama juga diberi oleh Almarhum supaya saya juga tidak mendedahkan bahawa baginda pernah memberi saya 20,000 tempat haji tambahan (10,000 setiap tahun untuk dua tahun) secara "one-off" daripada jumlah kuota haji setiap tahun kepada Malaysia yang diberi dan diumumkan secara rasmi.
Kuota tambahan istimewa 20,000 inilah yang digunakan oleh 1MDB untuk menghantar umat Islam yang mereka biayai bagi menunaikan ibadah haji.
Pada masa ini, kain Kiswah ini masih disimpan dengan baik oleh saya.
Saya masih dalam perbincangan dengan beberapa pihak untuk mempamerkannya di suatu galeri atau muzium tempatan dalam masa terdekat.
James Ding, Fizi Fizi, Azammudin Sain and 18,464 others like this.
Comments
Lift Guy
Lift Guy DSNR tidak mahu mendedahkan kerana beberapa perkara:

1. Janji dan amanah kepada Almarhum Raja Saudi.
See more
Manage
Prescilla Dye Lazada
Prescilla Dye Lazada DatoSeri.... Walaupun saya bukan beragama Islam tapi saya meminta agar kain kiswah tersebut dapat dipamerkan di muzium negara atau mana2 tempat yang boleh di kunjungi umum...sebab bukan semua manusia di muka bumi ini berpeluang untuk melihatnya dengan lebih dekat.. Lebih2 lagi rakyat seperti saya...nilai2 sentimental yang ada padanya mendorong saya untuk turut sama melihat dari jarak dekat
Manage
12hEdited

Post a Comment

0 Comments