Mereka sebenarnya betul.
Proton benar-benar kena dijual ke China!
Biar saya jelaskan.
Di atas galakkan dan restu PM ke-4, Khazanah telah menjual semua kepentingannya di dalam Proton kepada syarikat swasta DRB Hicom milik kawan dia pada tahun 2012.
Pada masa itu, ada juga syarikat asing yang berminat untuk beli Proton dengan harga lebih tinggi berbanding DRB-Hicom tetapi kita tidak pertimbangkannya kerana mahu Proton tetap milik Malaysia.
Ini bermakna apabila syarikat DRB-Hicom menjual Proton kepada syarikat Geely pada tahun 2017, ini ialah satu penjualan OLEH syarikat swasta - bukan dari Khazanah ataupun dari kerajaan.
Selepas diambil alih sepenuhnya oleh DRB Hicom, Proton kehilangan wang pada jumlah yang besar setiap tahun, jualan menjunam, eksport sangat rendah dan ketinggalan dari segi teknologi.
Proton berada dalam keadaan kritikal pada masa itu sehingga pembekal-pembekal tidak dibayar.
Bukan sahaja pembekal Proton dan 60,000 pekerjaan berdepan risiko ketika itu, syarikat induknya – DRB Hicom turut menerima kesan.
Jika berterusan, tidak mustahil jika berbilion-bilion Ringgit dana kerajaan perlu digunakan lagi pada masa depan untuk Proton. Ramai yang tidak bersetuju Proton terus menerima bailout.
Oleh itu, walaupun PM ke-4 dilantik menjadi pengerusi Proton pada tahun 2014 untuk meminta dana RM2 bilion geran percuma dari kerajaan untuk bail-out, ianya di tolak kerana Proton merupakan syarikat swasta dan kita tahu masalah Proton masa itu bukan hanya setakat kekurangan wang sahaja.
https://www.msn.com/…/with-dr-m-at-proton-putraja…/ar-AAYSQ4
https://www.msn.com/…/with-dr-m-at-proton-putraja…/ar-AAYSQ4
Lantaran itu, penstrukturan Proton diperlukan.
Kerajaan kemudian memberikan pinjaman mudah RM1.5 bilion kepada Proton dengan syarat mencari rakan usahasama JV teknikal.
Syarikat itu kemudiannya membawa masuk Geely.
Ketika pemeteraian perjanjian itu, Proton dan Geely bersetuju untuk menjadikan Proton sebagai pusat eksport ke Asia Tenggara dan juga China.
Pada bulan Ogos 2018, Proton dan Geely menunaikan janji mereka dan membuat pengumuman untuk menjual kereta Proton di China dengan disaksikan oleh PM ke-7 biarpun beliau pernah berkata, tidak akan lagi bangga terhadap jenama Proton selepas Geely dijadikan rakan kongsi.
https://www.hmetro.com.my/…/…/peluang-proton-unggul-di-china
https://www.hmetro.com.my/…/…/peluang-proton-unggul-di-china
Jika keputusan Proton untuk mencari Geely itu tidak dibuat tahun lalu, sudah tentu tiada apa yang boleh disaksikan oleh PM ke-7 di Geely di China pada bulan Ogos lalu.
Penganalisis berpendapat, langkah ini positif untuk Proton meneroka pasaran utama dunia dan mengurangkan kebergantungan kepada pasaran domestik.
Oleh itu, kereta Proton benar-benar kena dijual di China tidak lama lagi!
Mereka betul.
Bukan itu sahaja, model Proton X70 yang juga dilancarkan oleh PM ke-7 menerima sambutan hangat di Malaysia sekarang juga telah menghidupkan peluang Proton untuk terus memulih dan maju jaya.
0 Comments