Timbalan Menteri PH yang panas kerana rakyat mahu selfie dengan saya hari itu datang lagi, macam Tora.
Dia minta saya beri rasional mengapa saya kata kemenangan BN dalam PRK Cameron Highlands ialah kemenangan rakyat sedangkan BN kalah dalam PRU dan PRK sebelum itu.
Ok. Saya jawab.
Masa itu, rakyat belum tahu PH sedang tipu mereka.
Minyak RM1.50, kos sara hidup akan jatuh, PH boleh kawal ekonomi dan negara lebih baik berbanding BN, tol dan PTPN dimansuhkan, Ringgit akan naik, gaji minima untuk anak muda RM3,000 satu bulan dan berpuluh-puluh lagi.
Sekarang rakyat sudah lihat dan menilai dengan mata sendiri.
PH fikir rakyat suka sangat kena tipu, ke?
Macam ini pun Timbalan Menteri masih tak faham-faham lagi?
Timbalan Menteri nak selfie dengan saya, tak? Jom!

0 Comments